Showing posts with label cikgugigibesi. Show all posts
Showing posts with label cikgugigibesi. Show all posts

Tuesday, November 29, 2016

Braces @ Pendakap Gigi @ Gigi Besi (Appointment Ke-8)

24 November 2016 
Khamis

Hai..Assalamualaikum semua.
Kali ni agak lewat sikit update sebab gigi super duper busy.

1. Apa yang dibuat untuk appointment kali ni?
Sama macam bulan lepas.
- tukar ligature
- pasang powerchain kat gigi taring bawah & gigi geraham

2. Level kesakitan bila dah pakai metal band?
Tak berapa nak sakit tapi sakit.. hahaha. macam mana tu?

3. Kenapa atas tak pasang powerchain?
Sebab belum tegak lagi gigi bahagian atas.

4. Pilihan warna ligature & powerchain kali ni?
Atas warna neon pink, bawah warna kuning ! :D

**tapi kali ni ada problem. Disebabkan Musz asyik ketap gigi kuat2, bahagian bawah jadi overbite.
   so, next month Dr decide nak pasang simen kat geraham untuk 3 months. 
   So tak boleh mengunyah la kalau dah pasang simen kat geraham :(

Tak berapa jelas pulak kaler pink & kuning ni


atas : neon pink
bawah: kuning
*tak de la hodoh sangat kaler ni

nampak tak gigi bawah tu dah overbite?
Sepatutnya masuk ke dalam gigi bawah tu T____T

Ok itu sahaja kali ni.

Next appointment :
27 Disember 2016 (Selasa)

Tuesday, July 26, 2016

Braces @ Pendakap Gigi @ Gigi Besi (Appointment Ke-4)

26 Julai 2016 
Selasa

Hai..Assalamualaikum semua.
Kali ni agak lewat sikit update sebab gigi super duper sakit.

1. Apa yang dibuat untuk appointment kali ni?
- pasang bracket yang tak ada.
- pasang metal band bahagian gigi geraham bawah.
- pasang getah separator (warna biru) kat gigi geraham atas.
- tukar ligature.

2. Level kesakitan bila dah pakai metal band?
Level 5 !! Teramat sakit ! Gosok gigi pon sakit apatah lagi mengunyah.

3. Sakit tak masa pasang metal band?
Tak berapa sakit. Sebab gigi dah ada ruang sikit selepas dibuka getah separator.

4. Apa yang Musz rasa masa pakai metal band?
Dr ada letak gam warna putih2 biru pada gigi geraham. Rasa kelat2 sikit. Dah gosok gigi pon warna biru2 pada geraham masih tak hilang.

5. Pernah tak tertelan getah separator.
Pernah. Hari tu makan daging kambing, lepas makan baru sedar getah separator dah tak ada.
Dah selamat dalam tummy2 :D

6. Kali ni ambil warna apa untuk ligature?
Bahagian atas: Purple gelap
Bahagian bawah: Soft purple


Gambar sejam selepas dipasang metal band.
Time ni boleh la senyum-senyum.

Nampak tak metal band kat gigi geraham tu?

Ok itu sahaja. Tak larat nak taip panjang2 lagi. Gigi teramat sakit.

Next appointment:
25 Ogos 2016
Khamis

Monday, May 30, 2016

Braces @ Pendakap Gigi @ Gigi Besi (Appointment Ke-2)

26 Mei 2016 (Khamis)
Bulan ni musz kena pasang braces bahagian atas & cabut 2 batang gigi.
1. Gigi bahagian mana yang dicabut?
Gigi geraham kecil (sebelah gigi taring)
2. Berapa bayaran bulanan?
RM107. Bayaran tetap tiap bulan.
3. Sakit tak cabut gigi?
Masa cabut gigi kekal tak sakit sebab dah bius. Tapi bila bius habis, perggghh sakitnya nauzubillah sampaikan musz mintak MC.
4. Berlaku pendarahan tak kat bahagian soket (lubang kat gusi yang giginya dah dicabut)
Yupp. Still bleeding lagi2 apabila kita usik bahagian soket tu.
5. Level kesakitan untuk bulan ke2 ni.
Antara 1 hingga 5, musz bagi level 4.
6. Apa yang boleh & tak boleh dimakan selepas cabut gigi kekal?
- makan makanan & minuman yang sejuk.
Contoh: ais krim, air berais
- elakkan makanan & minuman yang panas.
Contoh: sup panas
7. Sakit tak pasang braces atas?
Pasang tak sakit. After 4 jam mula la rasa tak selesa.
8. Berapa kali dibius untuk cabut gigi?
Musz dibius 4 tempat untuk cabut 2 batang gigi.
- gusi bahagian luar gigi geraham kecil kanan.
- gusi bahagian luar gigi geraham kecil kiri.
- gusi bahagian dalam gigi geraham kecil kanan.
- gusi bahagian dalam gigi geraham kecil kiri.
9. Berapa lama rasa kebas?
- almost 4-6 jam kebas termasuk bahagian lidah rasa kebasnya.
10. Kesan selepas pasang braces bahagian atas?
- susah sikit nak tutup mulut & pelat beberapa huruf.
- pertuturan kurang jelas.
- bila bercakap, saliva rasa macam nak terkeluar je.
- susah nak sebut perkataan yang ada huruf O, U.
Ok itu sahaja setakat ni.
Next appointment: 24 Jun 2016.

Braces atas dah pasang ! :D
Gambar setengah jam selepas cabut gigi.
ok zoom sikit..
Cenggini giginya bila dah pasang braces atas bawah.
Nampak bahagian 2 soket tu.
Bekas cabutan 2 batang gigi geraham kecil.
(gambar ni sehari selepas cabut gigi)

Wednesday, April 27, 2016

Braces @ Pendakap Gigi @ Gigi Besi (Appointment Pertama)

Assalamualaikum... hye !!

Hari ni 27 April 2016 (Rabu) merupakan hari pertama kika pasang braces. Buat di Klinik Pergigian Azman, Batu Pahat.
Servis memang terbaik. Dr dan kakak2 kat situ memang peramah :)
1. Appointment pertama terus pasang braces atas bawah ke?
Dr hanya pasang bahagian bawah je dulu untuk biasakan pemakaian braces.
Next month, barulah akan pasang bahagian atas &
cabut dua batang gigi.
2. Berapa batang gigi kena cabut?
Total gigi yang kena cabut nanti: 4 batang
3. Bayaran atau kos untuk pasang braces?
Deposit atau installment : RM1000
Bayaran bulanan: RM107
Jangkaan masa pemakaian braces: 42 bulan
Jumlah bayaran: RM5494.00
4. Lama ke nak pasang braces?
Sekejap je. Tak sampai 1 jam. Menunggu je yang lama..hehhe
5. Apa yang kika dapat masa 1st appointment?
Untuk 1st appointment ni, kika dapat 1 berus gigi khas untuk braces, wax & pil tahan sakit.
6. Bila nak pakai wax?
Tadi sebab banyak sangat cakap, dah mula rasa sakit tercucuk dawai braces, so kika pon letak wax sikit.
7. Apa yang tak boleh makan untuk awal-awal pemakaian braces?
- makanan dan minuman yang masam
- daging & ayam
- makanan yang liat dan keras
- air gas
8. Apa yang boleh dimakan?
- makanan yang lembut (cth: bubur)
- buah (dipotong dahulu, jangan gigit terus)

Ni lah hasilnya:
Nampak tak biru-biru kat gigi bawah tu?


Bila tutup mulut okay je sebenarnya. 
Cuma macam nampak kita kemam sesuatu :D 

Jumpa lagi next post... bye...