Tuesday, November 29, 2016

Braces @ Pendakap Gigi @ Gigi Besi (Appointment Ke-8)

24 November 2016 
Khamis

Hai..Assalamualaikum semua.
Kali ni agak lewat sikit update sebab gigi super duper busy.

1. Apa yang dibuat untuk appointment kali ni?
Sama macam bulan lepas.
- tukar ligature
- pasang powerchain kat gigi taring bawah & gigi geraham

2. Level kesakitan bila dah pakai metal band?
Tak berapa nak sakit tapi sakit.. hahaha. macam mana tu?

3. Kenapa atas tak pasang powerchain?
Sebab belum tegak lagi gigi bahagian atas.

4. Pilihan warna ligature & powerchain kali ni?
Atas warna neon pink, bawah warna kuning ! :D

**tapi kali ni ada problem. Disebabkan Musz asyik ketap gigi kuat2, bahagian bawah jadi overbite.
   so, next month Dr decide nak pasang simen kat geraham untuk 3 months. 
   So tak boleh mengunyah la kalau dah pasang simen kat geraham :(

Tak berapa jelas pulak kaler pink & kuning ni


atas : neon pink
bawah: kuning
*tak de la hodoh sangat kaler ni

nampak tak gigi bawah tu dah overbite?
Sepatutnya masuk ke dalam gigi bawah tu T____T

Ok itu sahaja kali ni.

Next appointment :
27 Disember 2016 (Selasa)

Tuesday, October 25, 2016

Braces @ Pendakap Gigi @ Gigi Besi (Appointment Ke-7)

25 Oktober 2016 
Isnin

Hai..Assalamualaikum semua.
Kali ni agak lewat sikit update sebab gigi super duper sakit.

1. Apa yang dibuat untuk appointment kali ni?
Sama macam bulan lepas.
- tukar ligature
- pasang powerchain kat gigi taring bawah & gigi geraham

2. Level kesakitan bila dah pakai metal band?
Tak berapa nak sakit tapi sakit.. hahaha. macam mana tu?

4. Pilihan warna ligature & powerchain kali ni?
Fully neon blue ! :D Atas bawah.


Nice jugak la kaler neon blue ni.



Zoom sikit kaler neon blue

Ok itu sahaja kali ni.

Next appointment :
25 November 2016 (Jumaat)

Monday, September 26, 2016

Braces @ Pendakap Gigi @ Gigi Besi (Appointment Ke-6)

26 September 2016 
Isnin

Hai..Assalamualaikum semua.
Kali ni agak lewat sikit update sebab gigi super duper sakit.

1. Apa yang dibuat untuk appointment kali ni?
- tukar ligature
- pasang powerchain kat gigi taring bawah & gigi geraham
- keluarkan 1 gigi depan

2. Level kesakitan bila dah pakai metal band?
Level 5 !! Teramat sakit ! Gosok gigi pon sakit apatah lagi mengunyah sebab dia nak keluarkan diri yang terperosok kat dalam.

4. Pilihan warna ligature & powerchain kali ni?
Fully orange ! :D Atas bawah.

Bila pakai kaler oren ni, tak berapa nampak bracesnya.

Hah, macam ni baru nampak.. kaler oren hokeyyyy!


Sebelah gigi kapak tu, giginya belum keluar lagi. Kita tengok hasilnya next  month !


Ok itu sahaja kali ni.

Next appointment :
25 Oktober 2016 (Selasa)

Wednesday, September 14, 2016

Braces @ Pendakap Gigi @ Gigi Besi (Appointment Ke-5)

25 Ogos 2016 
Khamis

Hai..Assalamualaikum semua.
Kali ni agak lewat sikit update sebab gigi super duper sakit.

1. Apa yang dibuat untuk appointment kali ni?
- pasang bracket yang tak ada.
- pasang metal band bahagian gigi geraham atas.
- tukar ligature.

2. Level kesakitan bila dah pakai metal band?
Level 5 !! Teramat sakit ! Gosok gigi pon sakit apatah lagi mengunyah.

3. Sakit tak masa pasang metal band?
Tak berapa sakit. Sebab gigi dah ada ruang sikit selepas dibuka getah separator.

4. Pilihan warna ligature kali ni?
Bahagian atas metallic green, bawah metallic grey.




Ok itu sahaja kali ni.

Next appointment :
26 September 2016 (Isnin)

Tuesday, July 26, 2016

Braces @ Pendakap Gigi @ Gigi Besi (Appointment Ke-4)

26 Julai 2016 
Selasa

Hai..Assalamualaikum semua.
Kali ni agak lewat sikit update sebab gigi super duper sakit.

1. Apa yang dibuat untuk appointment kali ni?
- pasang bracket yang tak ada.
- pasang metal band bahagian gigi geraham bawah.
- pasang getah separator (warna biru) kat gigi geraham atas.
- tukar ligature.

2. Level kesakitan bila dah pakai metal band?
Level 5 !! Teramat sakit ! Gosok gigi pon sakit apatah lagi mengunyah.

3. Sakit tak masa pasang metal band?
Tak berapa sakit. Sebab gigi dah ada ruang sikit selepas dibuka getah separator.

4. Apa yang Musz rasa masa pakai metal band?
Dr ada letak gam warna putih2 biru pada gigi geraham. Rasa kelat2 sikit. Dah gosok gigi pon warna biru2 pada geraham masih tak hilang.

5. Pernah tak tertelan getah separator.
Pernah. Hari tu makan daging kambing, lepas makan baru sedar getah separator dah tak ada.
Dah selamat dalam tummy2 :D

6. Kali ni ambil warna apa untuk ligature?
Bahagian atas: Purple gelap
Bahagian bawah: Soft purple


Gambar sejam selepas dipasang metal band.
Time ni boleh la senyum-senyum.

Nampak tak metal band kat gigi geraham tu?

Ok itu sahaja. Tak larat nak taip panjang2 lagi. Gigi teramat sakit.

Next appointment:
25 Ogos 2016
Khamis

Friday, July 8, 2016

Braces @ Pendakap Gigi @ Gigi Besi (Posting Khas Raya)

9 Julai 2016 (Sabtu)

Hai.. Asssalamualaikum semua !! :D

Hari ni hari raya ke-4. Saja tulis perkembangan khas raya.

1. Apa yang tak boleh atau susah dimakan masa raya?
Kerepek dan kacang yang keras memang susah nak makan. Kalau nak makan jugak, kunyah perlahan-lahan atau kemam then baru telan.. huhu..kalau musz, tolak kanan, tolak kiri, telan..heheh

2. Ketupat rendang lemang dodol boleh makan?
Boleh. Tapi amik yang lembut-lembut. Dan selalulah check braces sebab makanan macam ni selalu sangkut & bersidai kat braces. Malu kat orang kalau tengah gelak2 diaorang ayam bersidai kat braces.

3. Sedara mara tanya tak pasal braces?
Ya. Diaorang akan tanya. Dalam family Musz, Musz je yang pakai braces. So, akan kelihatan pelik la sebab dalam family tak de yang pernah pakai sebelum ni. Masing-masing nak jadi doktor gigi sebab nak tengok braces Musz.
Jangankan sedara mara. Kawan-kawan pon banyak yang tanya. Berminat la tu.. hehehhe..

4. Sebulan puasa dengan braces menyeronokkan ke tak?
Kurang. Sebab masa tu baru pasang separator. Nak makan pon payah. Dah la lapar. Rasa nak telan pinggan.

Senyum tetap kena lebar-lebar walaupun 4 batang gigi dah tak de.. hehhe

Pandangan sisi kanan: hoho.. nampak tak rongak kat situ?

Pandangan sisi kiri pulak

Belanja sikit gambar 1st raya :D
Senyum tetap kena lebar raya-raya ni. 

Braces ni macam wabak. Sorang dah pakai, yang lain pun berjangkit nak pakai jugak.

Okay. Itu sahaja.
Next appointment hujung bulan ni : 26 Julai 2016 (Selasa)
Maybe pasang separator belah atas la tu. Hehe..bersedia!








Friday, June 24, 2016

Braces @ Pendakap Gigi @ Gigi Besi (Appointment Ke-3)

24 Jun 2016 (Jumaat)

Assalamualaikum semua.
Maaf lambat update sebab sakit gigi baru2 ni. Banyak sangat darah yang keluar masa cabut gigi geraham atas, sampaikan kena berhenti ludah banyak kali masa naik motor dari Klinik Pergigian Azman ke Rengit.

1. Getah kaler2 tu diganti tak bulan ni?
Jawapannya tak djganti.

2. Gigi mana yang dicabut kali ni?
Jawapannya gigi geraham kecil bahagian atas yang dicabut.

3. Berapa batang yang dicabut?
2 batang gigi geraham kecil (sebelah gigi taring).

4. Batal tak puasa jika cabut gigi?
Jawapannya tak batal.
Darah memang banyak keluar & meleleh2 macam drakula tapi ludahlah ye darah tu.

5. Apa lagi yang dipasang kali ni?
Doktor pasang separator warna biru kat gigi geraham. Gigi kedua hujung. Kanan dan kiri.

6. Sakit tak pakai separator?
SAKIT.
Lebih sakit pasang separator berbanding kesan cabut gigi. Gigi geraham yang terasa sangat sakitnya.
Almost 3 days dan masih sakit lagi.

7. Level kesakitan pakai separator?
Level 5 T____T

8. Boleh mengunyah tak apabila gigi geraham dipasang separator?
Susah sikit. Jadi musz kemam & telan je. So waktu raya nanti tak boleh makan kacang-kacang & kerepek-kerepek yang keras-keras. Kalau tak, tanggal la bracketnya.

Ni muka baru lepas kena cabut gigi geraham atas & pasang separator. Bius pon tak habis lagi. Tu yang merah atas bibir & hidung.

Getah warna biru pada gigi geraham tu la dipanggil SEPARATOR.
Nampak tak bahagian soket tu? Gigi atas dah dicabut.
Tak teratur lagi gigi atas sekarang ni..huhu..


Ok, itu sahaja. Kita sambung lagi di lain masa.
Next appointment : 26 Julai 2016 (Selasa)

Monday, May 30, 2016

Braces @ Pendakap Gigi @ Gigi Besi (Appointment Ke-2)

26 Mei 2016 (Khamis)
Bulan ni musz kena pasang braces bahagian atas & cabut 2 batang gigi.
1. Gigi bahagian mana yang dicabut?
Gigi geraham kecil (sebelah gigi taring)
2. Berapa bayaran bulanan?
RM107. Bayaran tetap tiap bulan.
3. Sakit tak cabut gigi?
Masa cabut gigi kekal tak sakit sebab dah bius. Tapi bila bius habis, perggghh sakitnya nauzubillah sampaikan musz mintak MC.
4. Berlaku pendarahan tak kat bahagian soket (lubang kat gusi yang giginya dah dicabut)
Yupp. Still bleeding lagi2 apabila kita usik bahagian soket tu.
5. Level kesakitan untuk bulan ke2 ni.
Antara 1 hingga 5, musz bagi level 4.
6. Apa yang boleh & tak boleh dimakan selepas cabut gigi kekal?
- makan makanan & minuman yang sejuk.
Contoh: ais krim, air berais
- elakkan makanan & minuman yang panas.
Contoh: sup panas
7. Sakit tak pasang braces atas?
Pasang tak sakit. After 4 jam mula la rasa tak selesa.
8. Berapa kali dibius untuk cabut gigi?
Musz dibius 4 tempat untuk cabut 2 batang gigi.
- gusi bahagian luar gigi geraham kecil kanan.
- gusi bahagian luar gigi geraham kecil kiri.
- gusi bahagian dalam gigi geraham kecil kanan.
- gusi bahagian dalam gigi geraham kecil kiri.
9. Berapa lama rasa kebas?
- almost 4-6 jam kebas termasuk bahagian lidah rasa kebasnya.
10. Kesan selepas pasang braces bahagian atas?
- susah sikit nak tutup mulut & pelat beberapa huruf.
- pertuturan kurang jelas.
- bila bercakap, saliva rasa macam nak terkeluar je.
- susah nak sebut perkataan yang ada huruf O, U.
Ok itu sahaja setakat ni.
Next appointment: 24 Jun 2016.

Braces atas dah pasang ! :D
Gambar setengah jam selepas cabut gigi.
ok zoom sikit..
Cenggini giginya bila dah pasang braces atas bawah.
Nampak bahagian 2 soket tu.
Bekas cabutan 2 batang gigi geraham kecil.
(gambar ni sehari selepas cabut gigi)

Wednesday, April 27, 2016

Braces @ Pendakap Gigi @ Gigi Besi (Appointment Pertama)

Assalamualaikum... hye !!

Hari ni 27 April 2016 (Rabu) merupakan hari pertama kika pasang braces. Buat di Klinik Pergigian Azman, Batu Pahat.
Servis memang terbaik. Dr dan kakak2 kat situ memang peramah :)
1. Appointment pertama terus pasang braces atas bawah ke?
Dr hanya pasang bahagian bawah je dulu untuk biasakan pemakaian braces.
Next month, barulah akan pasang bahagian atas &
cabut dua batang gigi.
2. Berapa batang gigi kena cabut?
Total gigi yang kena cabut nanti: 4 batang
3. Bayaran atau kos untuk pasang braces?
Deposit atau installment : RM1000
Bayaran bulanan: RM107
Jangkaan masa pemakaian braces: 42 bulan
Jumlah bayaran: RM5494.00
4. Lama ke nak pasang braces?
Sekejap je. Tak sampai 1 jam. Menunggu je yang lama..hehhe
5. Apa yang kika dapat masa 1st appointment?
Untuk 1st appointment ni, kika dapat 1 berus gigi khas untuk braces, wax & pil tahan sakit.
6. Bila nak pakai wax?
Tadi sebab banyak sangat cakap, dah mula rasa sakit tercucuk dawai braces, so kika pon letak wax sikit.
7. Apa yang tak boleh makan untuk awal-awal pemakaian braces?
- makanan dan minuman yang masam
- daging & ayam
- makanan yang liat dan keras
- air gas
8. Apa yang boleh dimakan?
- makanan yang lembut (cth: bubur)
- buah (dipotong dahulu, jangan gigit terus)

Ni lah hasilnya:
Nampak tak biru-biru kat gigi bawah tu?


Bila tutup mulut okay je sebenarnya. 
Cuma macam nampak kita kemam sesuatu :D 

Jumpa lagi next post... bye...