Monday, May 30, 2016

Braces @ Pendakap Gigi @ Gigi Besi (Appointment Ke-2)

26 Mei 2016 (Khamis)
Bulan ni musz kena pasang braces bahagian atas & cabut 2 batang gigi.
1. Gigi bahagian mana yang dicabut?
Gigi geraham kecil (sebelah gigi taring)
2. Berapa bayaran bulanan?
RM107. Bayaran tetap tiap bulan.
3. Sakit tak cabut gigi?
Masa cabut gigi kekal tak sakit sebab dah bius. Tapi bila bius habis, perggghh sakitnya nauzubillah sampaikan musz mintak MC.
4. Berlaku pendarahan tak kat bahagian soket (lubang kat gusi yang giginya dah dicabut)
Yupp. Still bleeding lagi2 apabila kita usik bahagian soket tu.
5. Level kesakitan untuk bulan ke2 ni.
Antara 1 hingga 5, musz bagi level 4.
6. Apa yang boleh & tak boleh dimakan selepas cabut gigi kekal?
- makan makanan & minuman yang sejuk.
Contoh: ais krim, air berais
- elakkan makanan & minuman yang panas.
Contoh: sup panas
7. Sakit tak pasang braces atas?
Pasang tak sakit. After 4 jam mula la rasa tak selesa.
8. Berapa kali dibius untuk cabut gigi?
Musz dibius 4 tempat untuk cabut 2 batang gigi.
- gusi bahagian luar gigi geraham kecil kanan.
- gusi bahagian luar gigi geraham kecil kiri.
- gusi bahagian dalam gigi geraham kecil kanan.
- gusi bahagian dalam gigi geraham kecil kiri.
9. Berapa lama rasa kebas?
- almost 4-6 jam kebas termasuk bahagian lidah rasa kebasnya.
10. Kesan selepas pasang braces bahagian atas?
- susah sikit nak tutup mulut & pelat beberapa huruf.
- pertuturan kurang jelas.
- bila bercakap, saliva rasa macam nak terkeluar je.
- susah nak sebut perkataan yang ada huruf O, U.
Ok itu sahaja setakat ni.
Next appointment: 24 Jun 2016.

Braces atas dah pasang ! :D
Gambar setengah jam selepas cabut gigi.
ok zoom sikit..
Cenggini giginya bila dah pasang braces atas bawah.
Nampak bahagian 2 soket tu.
Bekas cabutan 2 batang gigi geraham kecil.
(gambar ni sehari selepas cabut gigi)